PEMBIAYAAN PINJAMAN
UNIT TABUNG AMANAH PENYATA PENDEDAHAN RISIKO
Melabur
di dalam Tabung Unit Amanah dengan pinjaman mempunyai risiko yang lebih berbanding
melabur dengan menggunakan wang sendiri.
Anda hendaklah menilai samada pelaburan melalui pembiayaan pinjaman
adalah sesuai untuk anda berdasarkan objektif anda, tanggapan terhadap risiko
dan kedudukan kewangan. Anda perlu mengetahui risiko-risiko terbabit termasuk
:-
-
Lebih
tinggi had pinjaman (iaitu jumlah yang dipinjam bagi setiap ringgit dengan
wang anda yang diletakkan sebagai pendahuluan), maka lebih tinggilah potensi
untuk mengalami kerugian ataupun mendapat keuntungan.
-
Anda
perlu menilai samada anda berupaya menyelesaikan bayaran balik pinjaman
yang dicadangkan. Sekiranya pinjaman anda dibuat dengan kadar faedah yang
berubah-ubah, dan jika berlaku kenaikan faedah, maka jumlah bayaran balik
pinjaman anda akan meningkat.
-
Jika
harga unit jatuh di bawah sesuatu paras harga, anda mungkin diminta untuk
menyediakan cagaran tambahan yang sesuai atau wang tambahan kepada ansuran
biasa anda. Jika anda gagal berbuat demikian di dalam tempoh masa yang
ditetapkan, maka unit-unit anda mungkin dijual balik untuk menyelesaikan
pinjaman anda.
-
Pendapatan
dari unit amanah adalah tidak terjamin dan tidak tetap setiap masa. Ini
bermakna anda mungkin mendapat keuntungan yang tinggi dalam sesuatu tahun,
dan mungkin akan mengalami kerugian pada tahun yang lain. Kemungkinan
anda meraih keuntungan atau kerugian bergantung kepada pemasaan penjualan
unit-unit anda. Nilai unit-unit mungkin akan jatuh apabila anda memerlukan
semula wang walaupun pelaburan dimasa lampau sangat memberangsangkan.
Penyata
ringkas di atas tidak dapat mendedahkan semua risiko-risiko dan lain-lain
aspek berkenaan pembiayaan atau pinjaman. Oleh itu anda hendaklah meneliti
secara terperinci syarat-syarat yang dikenakan sebelum anda membuat keputusan
untuk mengambil pinjaman. Sekiranya anda ragu-ragu tentang sebarang aspek
penyata pendedahan risiko ini atau syarat-syarat pinjaman, anda hendaklah
merujuk kepada institusi yang menawarkan pinjaman tersebut.